CALL FOR PAPER: SEMINAR KEBANGSAAN KAUNSELING SILANG BUDAYA
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK – 24-25 MEI 2011
PERKAMA berbesar hati menjemput tuan/puan untuk membentangkan kertas kerja sempena Seminar Kebangsaan Kaunseling Silang Budaya. Sebanyak 60 Kertas Kerja akan dibentangkan dalam seminar kali ini dan 4 Ucaputama akan disampaikan. Sila kemukakan Abstrak tuan/puan dengan kadar segera sebelum tarikh tamat seperti di bawah.
Kaunselor bekerja keras untuk membina hubungan kepercayaan dan kesesuaian persekitaran bersama klien dalam menghadapi permasalahan rumit yang dihadapi. Hari ini, klien yang memerlukan khidmat kaunseling datang dari pelbagai latar belakang yang memerlukan seseorang kaunselor memahami dan mengetahui pelbagai kaedah atau cara menangani permasalah tersebut.
Kaunselor masa kini bukan sahaja perlu menyiapkan diri dengan teori dan pengamalan yang dipelajari ketika waktu belajar dahalu, tetapi perlu proaktif dalam membina diri ke arah menghadapi proses membantu yang efektif. Isu-isu silang budaya di Malaysia hari ini telah pelbagai bukan sahaja melibatkan bangsa dan agama, tetapi juga melibatkan gander, perkahwinan campur, anak kacukan, perbezaan orientasi seksual, teknologi baru dan pelbagai lagi yang kadang kala menimbulkan keresahan dalam masyarakat.
Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia adalah bertepatan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia. Kepelbagaian ini memerlukan seseorang kaunselor mendalami dan memahami dengan mendalam agar proses kaunseling dan perhubungan menolong dapat dilakukan dengan berkesan.
Profesion kaunseling yang berkembang pesat di Malaysia dan terdapat sebegitu ramai kaunselor daripada latar belakang budaya berkhidmat dengan budaya yang lain, memerlukan kaunselor tersebut memahami, mengetahui, mendalami dan dapat masuk ke dalam ruang lingkup budaya tertentu. Empati dalam kaunseling bukan sahaja kepada perasaan dan permasalah klien, tetapi perlu juga empati kepada kepelbagaian dan persilangan antara budaya dan persekitaran yang ada.
Sub Tema Seminar Kebangsaan Kaunseling Silang Budaya merangkumi perkara berikut:
Perkahwinan Campur
Anak Kacukan
Orientasi Seksual
Kepelbagaian Budaya, Bangsa, Bahasa dan Agama
Gander (Jantina)
Kepelbagaian Cara Hidup, Adat Resam
Kumpulan/Etnik Minoriti
Tahap Pendidikan dan Kependidikan
Status Sosioekonomi
Perubahan Peranan Dalam Keluarga, Masyarakat dan Negara
Isu-isu Silang Budaya Terkini
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak : 25 Mac 2011 (Jumaat)
Makluman Penerimaan Abstak : 1 April 2011 (Jumaat)
Tarikh Akhir Full Paper : 15 April 2011 (Jumaat)
Tentatif Pembentangan : 20 April 2011 (Rabu)
Tarikh Seminar : 24-25 Mei 2011
Nota Penting: Abstrak WAJIB dihantar dalam Versi Bahasa Melayu dan Versi Bahasa Inggeris dan tidak lebih daripada 250 patah perkataan sahaja.

Contact Information : 014-3382689 / 017-2806803 (Saffuan Abdullah)
Email Information : silangbudaya.perkama@gmail.com
Web : www.perkama.org.my